Sistem Pindah Milik Online

Permohonan pindah milik hartanah kini lebih mudah, cepat dan selamat.

Permohonan Digital

Hantar permohonan tanpa hadir ke kaunter.

Pantau Status

Semakan status permohonan secara masa nyata.

Selamat & Terjamin

Data anda dilindungi sepenuhnya.

Notis Pemberitahuan Pindah Milik

Berkuat kuasa: 1 November 2022 · Rujukan: Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan [Akta 171]

Kegagalan memaklumkan penukaran hak milik hartanah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengakibatkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

  • Tempoh wajib 3 bulan dari tarikh pendaftaran pindahmilik; atau
  • Kes Borang J 12 bulan dari tarikh kematian/tarikh pindahmilik kasih sayang.
Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus kini menawarkan kadar kompaun minimum kepada semua pemilik baharu yang masih gagal Memaklumkan Penukaran Hak Milik Hartanah Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut ketetapan seperti dalam jadual berikut:
Tempoh Kesalahan (dari tarikh tamat tempoh) Kadar Kompaun Fi Proses
Dalam tempoh ≤ 12 bulanTiadaRM20.00
≤ 24 bulanRM100.00RM20.00
≤ 36 bulanRM200.00RM20.00
≤ 48 bulanRM300.00RM20.00
≤ 60 bulanRM400.00RM20.00
> 60 bulanRM500.00RM20.00

English summary: Failure to notify title transfer to the Local Authority within the stipulated period may result in a fine up to RM2,000 or imprisonment up to 6 months. Notify within 3 months from title issuance, or 1 year from date of death.

PERHATIAN: Tempoh Bayaran

Tempoh bayaran yang perlu dipatuhi bagi setiap permohonan Pindah Milik yang dihantar kepada pihak Majlis:

JENIS PERMOHONAN PERKARA TEMPOH PERLU DIPATUHI
DOKUMEN LENGKAP DAN TIADA KOMPAUN Tempoh bayaran bermula dari permohonan telah disemak dengan simbol BAYAR dipaparkan 14 hari
DOKUMEN LENGKAP DAN ADA KOMPAUN Tempoh bayaran bermula dari tawaran kompaun dikeluarkan dengan simbol BAYAR dipaparkan 30 hari

Pembayaran fi proses dan kompaun (jika ada) mesti dibuat dalam tempoh ditetapkan. Jika tidak, permohonan Pindah Milik AKAN DITOLAK dan pemohon perlu membuat permohonan baharu.

JENIS PERMOHONAN PERKARA TEMPOH PERLU DIPATUHI
DOKUMEN TIDAK LENGKAP / MEMPUNYAI TUNGGAKAN CUKAI Tempoh untuk melengkapkan dokumen / menyelesaikan tunggakan dengan simbol KEMASKINI dipaparkan 7 hari

Jika tindakan tidak diambil dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan Pindah Milik juga AKAN DITOLAK dan pemohon perlu membuat permohonan baharu.

Langkah Mudah

1
Daftar
2
Isi Borang
3
Muat Naik Dokumen
4
Bayar
5
Semakan
6
Cetak Surat